Hajiji difitnah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyifatkan tuduhan salah guna kuasa yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor berhubung kelulusan tanah di Kudat sebagai cubaan fitnah dan taktik kotor untuk mencemar nama baik Ketua Menteri.

Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai, berkata tuduhan itu adalah tidak berasas, selain dibuat-buat bagi mewujudkan pandangan serong terhadap Hajiji selaku pemimpin yang mengetuai pentadbiran negeri.

Jika dakwaan itu benar, katanya, pihak yang menuduh sepatutnya mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa dan bukan disebar di media sosial.



“Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan menyalahgunakan kuasa? Sekiranya bukti nyata wujud untuk menyokong dakwaan ini, ia harus dikemukakan kepada pihak berkuasa dengan segera.

“Mengapa memilih media sosial jika bukan untuk niat jahat? Malangnya (bagi mereka), tiada bukti seperti itu dikeluarkan kerana ia tidak wujud.

“Pihak yang menuduh hanya mengambil gambar dan mereka cerita mengenai salah guna kuasa dengan harapan ada sesuatu yang kekal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan salah guna ke atas Hajiji berhubung salah kuasa kelulusan permohonan tanah di Kudat yang dikaitkan dengan perlombongan pasir silika disebarkan menerusi media sosial.



Semalam, Hajiji yang juga Pengerusi GRS menafikan tuduhan itu dan menegaskan semua permohonan berkaitan pengambilan tanah dibuat mengikut undang-undang.

Joniston yang juga Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, kerajaan GRS Plus pimpinan Hajiji tidak mengamalkan tadbir urus bertentangan dengan prosedur ditetapkan, sebaliknya berlandaskan peraturan.

“Nampaknya ada pihak tertentu memilih untuk menggunakan modus operandi berakar umbi dengan penipuan dan penyebaran maklumat salah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu



Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker