Ras Adiba Bersyukur 10 Orang Ahli Keluarga Negatif Covid-19
Baru-baru ini, senator dan personaliti televisyen terkenal Ras Adiba Radzi telah berkongsi khabar mengejutkan yang mana adiknya telah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan.
Sedang Jalani Rawatan
Dalam kenyataan rasminya itu, Ras Adiba turut memaklumkan adiknya yang juga merupakan pegawai khas nya sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan memohon maaf sekiranya insiden tersebut telah menyusahkan mana-mana pihak.
“Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang telah menimpa saya dan keluarga.
“Saya reda dengan apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang. Saya memohon agar Yang Esa melindungi kita semua daripada wabak Covid-19 ini,” tulisnya
Keluarga Negatif COVID-19
Terbaru, selepas dia dan 10 ahli keluarganya membuat ujian saringan (Swab test), Ras Adiba memanjatkan rasa syukur apabila kesemua mereka telah disahkan negatif.
Difahamkan, Ras Adiba telah pun menjalani kuarantin kendiri sejak beberapa hari yang lalu. Rata-rata kenalannya turut menzahirkan rasa gembira atas perkongsian tersebut dan mengharapkan agar Ras Adiba sekeluarga berada dalam keadaan sihat- Murai.my
Mampu berdiri ketika sesi perbahasan, Senator Ras Adiba Radzi dikagumi netizen dan ini cara beliau
You must be logged in to post a comment.