Mampu berdiri ketika sesi perbahasan, Senator Ras Adiba Radzi dikagumi netizen dan ini cara beliau
Senator itu juga mendedahkan bahawa peluang pekerjaan untuk komuniti tersebut adalah masih rendah dan majikan seolah-olah ‘terpaksa’ memberi mereka pekerjaan.
Antara lain yang mendapat perhatian rakyat Malaysia selain daripada ucapannya adalah keadaan beliau yang berdiri tegak ketika berucap.
“Saya seorang pesakit saraf tunjang dan lumpuh separuh badan iaitu di paras Thorasic atau T10. Justeru saya hanya mampu berdiri dengan bantuan kerusi roda berdiri Lloyd”.
“Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat OKU saya, yang ingin berdiri walau seketika”, tulisnya di laman Twitter.
@SenatorRasAdiba/Twitter
Tweet beliau itu turut disertakan bersama dengan video pendek yang menunjukkan cara beliau mengendalikan kerusi tersebut untuk berdiri ketika berucap di Parlimen tempoh hari.
Kekurangan itu sebenarnya kelebihan. Kesungguhan beliau dalam memperjuangan hak golongan OKU ternyata memberi inspirasi buat kita semua.- EraBaru