Polis cekup Ryan Giggs pukul wanita

Pengurus Wales dan legenda bintang Manchester United, Ryan Giggs ditahan polis atas dakwaan melakukan serangan, menurut laporan akhbar UK awal pagi tadi.

Persatuan Bolasepak Wales dalam satu kenyataan berkata: “FAW mendapat tahu insiden membabitkan pengurus pasukan kebangsaan, Ryan Giggs tetapi tidak akan mengeluarkan sebarang komen buat masa sekarang.”

Akhbar Sun melaporkan polis menahan pengurus berusia 46 tahun di rumahnya selepas mendapat laporan daripada seorang wanita.

Kenyataan daripada Polis Greater Manchester menyebut: “Polis mendapat laporan pada jam 10.05 malam pada Ahad lalu daripada seorang wanita berusia 30-an yang mengalami kecederaan ringan tetapi tidak memerlukan rawatan lanjut.

“Lelaki berusia 46 tahun ditahan di bawah Seksyen 47 kerana melakukan serangan dan mencederakan.”

Wales membatalkan sidang akhbar semalam menjelang aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat. Giggs dilantik menjadi pengurus Wales pada Januari 2018 selepas menjuarai 13 gelaran Liga Perdana bersama United, dua trofi Liga Juara-Juara, empat Piala FA dan tiga Piala Liga serta tampil 64 kali bersama skuad Wales. HM

Pengurus projek warga Britain meninggal dunia ketika dikuarantin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker