Terima habuan tender katering, dua individu disiasat SPRM

SUNGAI PETANI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu berusia 36 tahun dan 49 tahun bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan habuan kewangan untuk mendapatkan tender katering pada tahun 2019.

Permohonan reman berlangsung di hospital hari ini berikutan suspek lelaki yang berusia 36 tahun kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Perintah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Dalilah Ismail yang membenarkan suspek wanita direman selama satu hari manakala perintah reman seorang lagi suspek dibenarkan selama dua hari.

Lim Guan Eng dah kantoi baru nak cakap

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang di Pejabat SPRM Sungai Petani semalam.

Mereka merupakan pekerja sebuah syarikat di Gurun itu dipercayai melakukan perbuatan itu bagi memastikan sebuah katering dipilih sebagai katerer bagi majlis anjuran di tempat mereka bertugas.

Suspek itu dipercayai mendapatkan RM2,000 secara bulanan sebagai balasan dengan nilai keseluruhannya dianggarkan mencecah RM30,000.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

39 banduan Penjara Reman P. Pinang positif COVID-19 selepas ujian saringan ketiga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker