Lim Guan Eng dah kantoi baru nak cakap

Share

Oleh Lau Chin Kok

22 BULAN 101 PROJEK LULUS TANPA MELALUI TENDER TERBUKA

Semalam satu lagi berita yang mengemparkan negara berlaku sekali lagi di Dewan Rakyat. Kali ini gegaran cukup kuat, cukuplah untuk “menumbangkan” 4,5 orang MP Pakatan Harapan.


Seperti biasa, orang yang mengegarkan dewan rakyat ialah seorang Menteri yang Low Profile dan tenang orangnya, siapa lagi kalau bukan Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz.

Entahlah kenapa, setiap kali Menteri Kewangan bangun berbahas, lutut Setiausaha Agong DAP mengeletar. Bertenanglah ! jika tak ada buat salah kenapa perlu takut !

Semalam di dalam Dewan RakyatTengku Zafrul membongkarkan bahawa sepanjang pemerintahan PH, sebanyak 101 projek perolehan berjumlah RM6.61bilion telah ditawarkan oleh Kerajaan PH secara ‘direct-nego’ (rundingan terus) tanpa melalui tender terbuka seperti janji manifesto PRU 14 mereka dulu.


Merah padam muka Mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendengar pendedahan ini. Saudara Mat Sabu yang di sebelah mentornya tu pun terdiam seribu bahasa. Boleh jadi dia pun tak tahu Tok gurunya itu main kuntau di belakangnya.

Saya rasa rakyat pun sudah penat untuk tergejut dengan berita ini. Sudah tidak mengejutkan lagi jika penyelewengan ini dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan terutama dari DAP.

Selama ini Lim Guan Eng sering menyebut, PH hanya mengamalkan “tender terbuka”? Malah ianya termaktub di dalam manifesto (bukan kitab suci) – Buku Harapan mereka. Rupa-rupanya “Indah Khabar dari rupa”.


Dalam pada itu pun Guan Eng sempat lagi menyeret barisan kabinet PH dalam hal ini dengan menyatakan bahawa semua tender yang ditawarkan melalui rundingan terus diluluskan oleh Kabinet era pemerintahan PH.

Menteri Kanan MITI, Dato’ Seri Azmin Ali terus bangun mencelah dan menafikan sekeras-kerasnya di Dewan Rakyat bahawa ianya tidak pernah dibincangkan di Kabinet!

Kenyataan ini disambut pula oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, juga bangun untuk mengesahkan dakwaan Azmin. Kedua-dua mereka adalah mantan Menteri dalam kerajaan PH 22 bulan.

Hari ini, Guan Eng dalam cicipan twitternya menyatakan YAB Perdana Menteri dan Menteri PH yang menyeberang ke PN pun ada terlibat dalam kes “direct award” ini. Ehh….kenapa sudah kantoi baru nak cakap ?

Posting Guan Eng: https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/posts/3769465146416892

Rakyat sebenarnya sudah malas dan bosan dengan drama PH ini, rakyat mahu semua mereka yang terlibat dalam kes “direct Nego” ini di siasat dan jika ada salahguna kuasa dalam kes ini, mereka perlu di bawa ke muka pengadilan.

Guan Eng, cukuplah…jangan tipu rakyat lagi.

HIDUP RAKYAT !

Leave a Reply