MT Umno mesyuarat petang ini, Apa keputusannya?
Majlis Tertinggi Umno dijadual bermesyuarat petang ini, di tengah-tengah ketegangan hubungannya dengan Bersatu – sekutu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurut sumber, mesyuarat itu akan diadakan pada jam tiga petang ini secara atas talian, bagi mengelakkan risiko penyebaran Covid-19.
Difahamkan kemungkinan ada pengumuman besar akan dibuat tetapi perkara ini masih tidak dapat disahkan, setakat laporan ini ditulis.
Keputusan Umno itu amat dinanti-nantikan ramai pihak, susulan ia dilihat boleh membawa kepada penjajaran baru blok politik tanah air.
Sabarlah Mat.. “Keputusan perbincangan adalah keputusan biro politik, bukan keputusan parti.
Setakat ini masih tidak pasti sama ada sidang media akan dibuat atau kenyataan media akan dikeluarkan selepas itu.
Mesyuarat dijangka membincangkan keputusan Biro Politik kelmarin yang memutuskan untuk mempertimbangkan menarik diri daripada PN.
Sementara itu, difahamkan MT juga akan mengadakan mesyuarat dengan kesemua pemimpim-pemimpin bahagian parti itu daripada seluruh negara dan ketua-ketua Umno negeri.
Ia akan diadakan secara atas talian, pada Sabtu.
Pertemuan ini dijangka meredakan kecelaruan akar umbi parti itu susulan langkah mengejutkan Biro Politik kelmarin.
Kami sedang cuba mendapatkan pengesahan dan reaksi pemimpin-pemimpin kanan Umno.
Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum ini mengaku “ramai” ahli parlimen Umno menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru dan menghormati keputusan itu dan tidak dapat menghalangnya.
Anwar telah mengadap Yang di-Pertuan Agong dan mengaku menyerahkan dokumen akuan berkanun dan surat berkaitan sokongan “lebih 120” ahli parlimen didakwa diperolehnya.
Istana bagaimanapun berkata tiada senarai diberikan.
Agong dijadual menerima mengadap beberapa ketua parti tetapi ditangguhkan buat masa ini.
You must be logged in to post a comment.