Pelajar positif Covid-19, 2 sekolah di Melaka diarah tutup

Dua sekolah di Masjid Tanah di sini diarah tutup selama 7 hari bermula hari ini ekoran 2 beradik yang belajar di sekolah berkenaan disahkan positif Covid-19, kata Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Rahmad Mariman.

Beliau berkata, sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China.

“Mereka yang terlibat ialah murid tahun 6 SK Telok Berembang serta pelajar tingkatan 2 SMK Lubok China dan merupakan adik-beradik.

ADVERTISING

“Kedua-dua mereka tinggal di Kampung Nerambai, Lubok China, Negeri Sembilan, tetapi bersekolah di Melaka kerana rumah dan sekolah terletak di sempadan kedua-dua negeri.

“Kes positif adalah di bawah Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, 8 ahli keluarga, termasuk murid dan pelajar tersebut didapati positif Covid-19 dan dibawa oleh petugas Kementerian Kesihatan ke hospital di Seremban, Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan kira-kira 5 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka mendapat jangkitan Covid-19 daripada ibu saudara mereka yang baru pulang dari Labuan dan hadir ke kenduri di rumah mereka pada 3 Okt lepas.

Rahmad berkata, usaha mengesan kontak rapat pelajar dan murid berkenaan khususnya dalam kalangan warga sekolah terlibat untuk disaring sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan di kedua-dua sekolah berkenaan juga sedang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Bernama

Tarik lesen, tutup premis hiburan langgar PKP, tegas Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker