Khalid Samad dakwa 30 Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan yang jelas, termasuk daripada 30 Ahli Parlimen UMNO.

Khalid berkata, perkara itu dizahirkan Anwar ketika beliau mempersembahkan bukti sokongan itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

“Saya difahamkan, selain surat-surat dari Mohamad Sabu yang mewakili Amanah dan surat Lim Guan Eng yang mewakili DAP, Datuk Seri Anwar juga membawa surat daripada (Presiden UMNO) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan 30 MP UMNO, kalau tak silap saya, menyokong Anwar.

“Ia dikemukakan setakat itu sahaja tanpa SD (Akuan Bersumpah). Namun, saya difahamkan surat Zahid Hamidi ada senarai namanya,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu memetik laporan Malaysia Dateline.



Oleh yang demikian, Khalid berkata Anwar kini memiliki jumlah sokongan sebanyak 122 kerusi di mana PKR (39), DAP (42), Amanah (11) dan 30 daripada UMNO.

Jumlah itu, kata Khalid tidak termasuk Ahli Parlimen bebas yang didakwa turut menyokong Ketua Pembangkang itu.

Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu untuk mempersembahkan dokumen sahih sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen terhadapanya.

Dokumen itu, kata Anwar, berbentuk akuan bersumpah dan pengesahan ketua-ketua parti yang menyatakan sokongan kepadanya untuk membentuk kerajaan baharu. MG



Khalid Samad Mengata Siapa Gila Nak Jadi PM, Mahathir atau Anwar?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker