KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)
KERTAS PUTIH FELDA – APA SEBENARNYA YANG DIBENTANGKAN?
Pembentangan Kertas Putih Felda yang dibentangkan di Parlimen perlu dikaji semula bagi meneliti kelemahan fakta yang terdapat dalamnya. Meneliti laporan yang dibentangkan terdapat pelbagai persoalan yang perlu dinilai semula memandangkan percanggahan ketara yang wujud. Azmin Ali selaku bekas Menteri Ekonomi yang dilantik oleh Tun Mahathir, perlu tampil menjelaskan percanggahan yang terdapat dalam laporan Kertas Putih tersebut ditulis secara telus atau bermotifkan politik bagi meletakkan beban terhadap individu tertentu.
Fokus utama dalam Episod 1 ini adalah untuk mengupas kelemahan pelaburan yang dibuat oleh Felda melalui Felda Investment Corporation (FIC) yang dikatakan membawa kerugian kepada Felda. Siapa sebenarnya bertanggungjawab terhadap pelaburan ini? Adalah tidak adil untuk meletakkan beban kepada satu pihak sahaja sedangkan semua keputusan yang dibuat telah dipersetujui secara konsensus oleh Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik.
Segala pelaburan yang dibuat perlu diketahui Peneroka Felda kerana mereka penjana sebenar ekonomi Felda, bukannya dibebankan dengan kelemahan laporan Kertas Putih Felda.
You must be logged in to post a comment.