Senarai sekolah yang ditutup di Daerah Petaling

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENUTUPAN SEKOLAH DI KAWASAN ZON MERAH
DI DAERAH PETALING

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian berhubung
peningkatan kes COVID-19 di daerah Petaling. Daerah ini telah disahkan
sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Selaras dengan perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020
berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan
yang disahkan zon merah oleh KKM, KPM memaklumkan bahawa semua
sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor, akan ditutup
bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020. Ini melibatkan
sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling.

Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah
swasta yang berdaftar dengan KPM.

Senarai sekolah yang ditutup di zon
merah daerah Petaling dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa,
penjaga dan warga sekolah.

Untuk makluman juga, senarai ini akan
dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di
www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.



Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup.

Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang.

Walau bagaimanapun, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di
bawah penjagaan warden asrama.

Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.



Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan
memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid. Manual
pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi
KPM www.moe.gov.my.

Bagi kebanyakan sekolah yang kini sedang melaksanakan peperiksaan
percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekolah yang terlibat dengan
penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan ini ke suatu tarikh yang
bersesuaian kelak.

Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta
sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
KKM. Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-
daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa.

KPM







Semua sekolah di zon merah ditutup

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker