COVID-19: Staf positif, Bangsar Shopping Centre pula ditutup sementara

Share

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah, Bangsar Shopping Centre (BSC) di sini akan ditutup buat sementara waktu selepas salah seorang pekerja di sebuah kedai jualan penjagaan kulit disahkan positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dibuat menerusi laman Facebook rasminya, pekerja di premis berkenaan didapati tidak menunjukkan sebarang gejala sewaktu bekerja pada 6 Oktober lalu.

“Kami dimaklumkan dengan satu kes positif COVID-19 yang melibatkan kakitangan kedai produk penjagaan kulit iaitu Origani, di aras bawah.

“Kakitangan tersebut bertugas pada Selasa, 6 Oktober 2020 dan pada masa itu tidak menunjukkan sebarang gejala. Pekerja itu tidak berada di BSC sejak itu,” jelas pusat beli-belah itu pada Ahad.

BSC turut membuat kenyataan bahawa pihaknya akan menutup premis pusat beli-belah itu bermula pukul 8 malam Ahad bagi kerja pembasmian kuman dan kembali beroperasi pada Isnin (12 Oktober)- Awani

 

2 murid SK Bangsar positif Covid-19, sekolah masih buka

Leave a Reply