Burger Viral RM460 , Berak Keluar Emas Ke?
“Berak Keluar Emas Ke?” – Netizen Teruja Dengar Burger Viral RM460 Ini
Burger emas bersinar blink-blink, burge-mbira kah anda?
Siapa je tak sukakan burger? Banyak burger yang dijual di pasaran sekarang ini, ada burger Ramly, burger McD, Burger King dan macam-macam lagi.
Tapi… Sebuah hotel di Malaysia telah mengeluarkan satu burger eksklusif yang berharga RM460!
Burger apa sampai RM460 ni? Ada 100 patty burger dalam burger tu ke? Atau satu set dihidangkan dengan ribuan fries? Atau ada emas dalam tu?
Jeng…jeng…jeng, inilah The Real 460 Golden Burger yang ditawarkan oleh Banyan Tree, Kuala Lumpur!
Haa, kan dah kata, ada emas rupanya. Aduh, kilauan dan sinaran emas tu, sakit mata!
Keempukan roti bun yang disaluti 24K daun emas, disisipkan dengan double Wagyu beef patty, foie gras, veal bacon, eggs sunny side up, gherkins, cheddar cheese, bawang merah, tomato, butter, lettuce dan apple compote.
Itu dia, burger yang berharga RM460 yang hanya ditawarkan pada bulan Oktober sahaja.
Sementara itu, burger viral ini telah mendapat pelbagai lontaran komen daripada netizen, ada yang marah, ada yang kelakar…
Hmm, ada yang marah dan tak puas hati….takutnya…
Wanita ini mengatakan bahawa dengan duit yang ada boleh bantu orang yang lebih memerlukan. Lagi-lagi tengah covid ni. Bukan berjoli makan burger mahal. Patut bersedekah je di saat-saat pandemik ni.
Lelaki ini menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana sungguh tidak berbaloi. Burger tu kalau nak lagi nikmat makan dengan kedua-dua tangan dan masukkan ke dalam mulut…Emm sedapnya! Yang ni, tak berbaloi langsung.
Baik makan mamak jelah daripada nak makan burger 460 ni…haih, rugi dan membazir!
Patut namakan burger pisau cukur! Mahal sangat…gold digger
Hm, burger mahal-mahal pun takde kentang? Apalah…
Ni pula komen netizen yang kelakar:
Wanita ini mengatakan sekarang dah boleh dah propose dengan burger. Tak perlu cincin dah? Ada yang nak dipropose dengan burger emas ke tu?
“Eh, tak baiklah makan burger dengan emas, nanti sakit perut!” kata salah seorang netizen. Tu la kan, baik makan burger tepi jalan je. Takdelah sakit perut nanti.
Aip, betul ke lepas telan burger ni, nanti bila buang air besar akan ada emas? Hahaha, menghiburkan betul lah!
Berikut merupakan memes yang kelakar kami jumpa!
Says
You must be logged in to post a comment.