Hina Sabah: Cik Non bakal naik Bukit Aman

Kuala Lumpur: Polis akan memanggil pengasas produk kecantikan menggunakan akaun Facebook (FB) atas nama Nor Shahadah Aisyah atau Cik Non susulan kenyataan dimuat naik di laman sosial FB miliknya menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan sebelum ini sudah dibuka dan pihaknya akan memanggil individu terbabit dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya ketika dihubungi tadi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan ke atas Cik Non susulan kenyataan dimuat naik di laman sosial FB miliknya didakwa menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Terdahulu, Cik Non didakwa menghina orang Sabah dengan menggelar diri mereka ‘bodoh’ dan rakyat Sabah miskin selepas tidak berpuas hati dengan peningkatan kes Covid-19.

Cik Non sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila caranya mempromosikan produk kecantikan mendapat kecaman netizen selain tular di media sosial bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dilarang masuk ke pusat beli-belah selepas tidak memakai pelitup muka.

Cik Non Tampil Beritahu Yang Dia Tidak Salah Sebenarnya

Cik Non disiasat polis akibat hina rakyat Sabah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker