Agenda Bahaya Majlis-Majlis Gereja Sabah

Jangan bermain dengan api. Kita hidup dengan harmoni..

Di dalam reaksi beliau kepada media atas penularan surat Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC) yang mahukan penerimanya “menentang sekeras-kerasnya kemasukan PAS di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah” di atas alasan bahawa “PAS adalah sebuah parti politik Islam yang diketahui sebagai pemecah-belah dan tidak menghormati agama-agama minoriti lain”,

Presiden SCC, Bishop Rev Dr James Wong Chong Leong, mendakwa SCC tidak berpolitik (“apolitical”).

Masa sama, SCC mengakui Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden SCC memang menulis surat mendesak penentangan sekeras-kerasnya ke atas kemasukan wakil PAS di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah kepada Presiden STAR yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan, dan kepada Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, tetapi mendakwa surat-surat itu kononnya hanyalah “surat-surat persendirian”.

Tidak berbangkit isu sama ada surat-surat SCC itu adalah “surat-surat persendirian” ataupun tidak kerana surat-surat SCC itu adalah “surat-surat rasmi” yang menunjukkan campur-tangan dan usaha Gereja-Gereja Sabah untuk mempengaruhi proses dan urusan politik dan pemerintahan negeri Sabah, jadi tidak berpolitik apa kejadahnya bila surat-surat itu terang-terang mahukan Kerajaan Sabah tidak melantik wakil daripada parti Islam tertentu sebagai ADUN Sabah, atas alasan agama?

Apakah gereja mahu jadi penghasut?

SCC ini adalah sebuah pertubuhan besar yang memayungi Gereja-Gereja di Sabah di mana, mengikut rekod Gereja-Gereja di Sabah, ahli-ahlinya adalah terdiri daripada Anglican Diocese of Sabah, Basel Christian Church of Malaysia, Calvary Charismatic Centre, Grace Chapel Luyang, Sabah Baptist Association, Catholic Archdiocese of Kota Kinabalu, Protestant Church in Sabah, Sabah Evangelical Mission, Sidang Injil Borneo dan Sabah Provincial Annual Conference.

Cuba bayangkan apa reaksi masyarakat Kristian di Sabah, malahan masyarakat Kristian di seluruh negara, sekiranya pertubuhan-pertubuhan Islam seluruh Sabah bergabung tenaga mendesak Kerajaan Sabah tidak melantik wakil daripada parti Kristian tertentu atau pemimpin Kristian tertentu sebagai Menteri Sabah, Timbalan Menteri Sabah atau ADUN Sabah, atas alasan agama, pastilah akan huru-hara jadinya, tetapi adakah pertubuhan-pertubuhan Islam berbuat begitu?

Rumusan perutusan khas PM : Abah akan mula merotan

Tidak berpolitikkah bila Gereja-Gereja di Sabah berdoa dan membuat deklarasi “Yesus Memerintah dalam PRN Sabah 2020” (“Jesus Reigns in SSE 2020”) berbunyi:

“Kehendak Tuhan ditetapkan, dan Malaysia akan selaras dengan tujuan Tuhan” (“God’s Will be established, and Malaysia will align with God’s destiny”)?

Dan apa maksud “Yesus Memerintah dalam PRN Sabah 2020” serta “Kehendak Tuhan ditetapkan, dan Malaysia akan selaras dengan tujuan Tuhan”?

Apa agaknya agenda Gereja-Gereja di Sabah bila menulis surat-surat rasmi begini serta apa agaknya agenda Gereja-Gereja di Sabah bila berdoa dan membuat deklarasi begini?

Apakah PAS yang “memecah-belah dan tidak menghormati agama-agama minoriti lain” atau Gereja-Gereja di Sabah yang “memecah-belah dan tidak menghormati agama majoriti”?

 

Dr. Kamarul Yusoff

 

“Baru nak dapat kerja…” – Netizen risau punca rezeki terjejas jika ada PKP 2.0

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker