Dr Noor Hisham jalani kuarantin kendiri di rumah

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.

Bahagian Komunikasi Korporat kementerian itu mengesahkan kepada media bahawa Noor Hisham tidak akan mengadakan taklimat berkenaan Covid-19 di Putrajaya pada jam 5.30 petang ini.

“Laman Facebook Kementerian Kesihatan akan melakukan siaran langsung PC DG hari ini pada jam 5.30 petang dari rumahnya tanpa kehadiran media,” kata seorang wakil Komunikasi Korporat KKM.

Mereka meminta agar pihak media menyiapkan sebarang pertanyaan untuk dikirim kepadanya.

“DG akan menjawab soalan-soalan yang sesuai,” kata wakil itu.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga diarahkan oleh Kementerian Kesihatan menjalani kuarantin kendiri dan menjalankan tugas dari rumah.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19.

Muhyiddin sebelum ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dihadiri Zulkifli pada 3 Okt lalu.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz antara mereka yang duduk berdekatan Zulkifli pada ketika itu.

Kalau anda terlepas…

Terbukti Mahathir tak ikhlas berkawan dengan Anwar, kata Yusmadi
Anggota kabinet lain yang hadir termasuk Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba; Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali; Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin.

Antara pegawai tertinggi kerajaan yang hadir dalam mesyuarat itu termasuk Dr Dr Noor Hisham; Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang.

Noor Hisham berkata, semua individu yang merupakan kontak rapat dalam mesyuarat tersebut dikeluarkan perintah HSO selama 14 hari bermula 3 Okt dan diarah memakai gelang kuarantin.

Individu lain dalam mesyuarat itu yang bukan kontak rapat juga diminta memantau kesihatan diri dari rumah menggunakan aplikasi MySejahtera.

HSO berkenaan akan tamat pada 16 Okt. Mk

Nak bunuh diri konon, sudahnya menyerah diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker