Bekas pegawai tinggi kementerian ditahan dalam siasatan rasuah RM118 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas ketua penolong setiausaha utama (KPSU) salah sebuah kementerian selepas disyaki menerima rasuah.

Suspek, yang kini menjawat jawatan pengarah di sebuah pusat latihan, didakwa menerima rasuah daripada syarikat-syarikat pembekal baja yang memasuki tender membekalkan baja bernilai RM118 juta di kementerian terbabit.

Menurut sumber, bekas pegawai tinggi berusia 42 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

“Difahamkan tender tersebut diberikan kepada 3 syarikat milik individu yang sama dengan nilai tender berjumlah RM118 juta bagi tempoh 2 tahun dari 2019 hingga 2020,” katanya.



Sumber itu menambah kes itu disiasat bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM dan permohonan reman 7 hari terhadap suspek lulus.

Ketika dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut. FMT

SPRM tangkap pegawai Mat Sabu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker