Nak bunuh diri konon, sudahnya menyerah diri

Alor Setar: Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh isterinya selain membunuh diri dengan menggunakan pisau di rumahnya di Jalan Langgar dekat sini, semalam akhirnya menyerah diri kepada polis jam 7.15 malam.

Terdahulu, pada jam 3 petang semalam, sepasukan anggota polis datang ke rumah terbabit untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapat aduan berkaitan berlaku kekecohan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor berkata, suspek berusia 30-an kemudiannya mengugut untuk mencederakan sesiapa yang cuba masuk ke rumahnya.

“Suspek turut mengugut untuk isteri selain membunuh diri jika polis tidak beredar.

“Namun kami berjaya membawa suspek keluar dari rumah sebelum dia menyerah diri, jam 7.15 petang,” katanya hari ini.

Menurut Nor Azman, pihaknya turut merampas dua bilah pisau masing-masing berhulu kuning dan berhulu coklat untuk membantu siasatan.

Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker