Adham Baba hilang dan main golf di Desaru?

Semalam tersebar berita di media sosial kononnya Dr Adham Baba bermain golf di Hard Rock Hotel Desaru.

Ini adalah berita palsu dan bertujuan semata-mata untuk memburukkan namanya dan Kementerian Kesihatan.

Dr Adham Baba adalah seorang menteri yang bertanggungjawab dan komited melaksanakan tugasnya.

Sejak menjawat jawatan Menteri Kesihatan, beliau bertungkus lumus bersama warga kementerian dalam menangani pandemik Covid-19.



Waktu bekerjanya bukan hanya waktu pejabat, malah ’round the clock’.

Beliau telah tampil menepis berita palsu itu melalui laman facebooknya.

Menurut beliau, semalam beliau telah mempengerusikan mensyuarat Majlis Kesihatan Mental di kementeriannya.



Malah pagi ini juga beliau berada bermesyuarat dengan warga kementerian dan selepas itu hadir mesyuarat bersama menteri-menteri kabinet.

Beliau juga secara sinis berkata mungkin selepas ini beliau terpaksa mengemaskini media sosialnya setiap masa agar tiada berita fitnah tersebar.

Kepada yang membuat fitnah, ini adalah saat genting negara dalam berperang dengan pandemik Covid-19. Jangan burukkan keadaan semata-mata kerana ingin bermain politik kotor sepanjang masa.



Setiap Rakyat Kini Adalah Petugas Barisan Hadapan – Dr Adham Baba

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker