Kuarantin salah tak kuarantin salah, mudah jadi Dap

Oleh Dr Kamarul Yusoff

MUDAHNYA KERJA DAP, SEMUA PUN SALAH KERAJAAN: KUARANTIN PUN SALAH, TAK KUARANTIN PUN SALAH

Bila kerajaan umumkan mahu laksanakan kuarantin wajib 14 hari terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah, Ahli Parlimen DAP-lah yang menyalahkan kerajaan dan antara yang terkedepan di dalam menentangnya pada 13 September 2020.

Hari ini, setelah kerajaan melaksanakan cadangan Ahli Parlimen DAP supaya tiada kuarantin wajib 14 hari terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah, Ahli Parlimen DAP-lah juga yang menyalahkan kerajaan kerana tidak melaksanakan kuarantin wajib 14 hari terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah ini.



Belit punya belit akhirnya seperti sudah terbelit diri sendiri nampaknya.

Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Seputeh, 13 September 2020:



“Saya amat prihatin terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bahawa Kementerian Kesihatan mengenakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah selepas menjalankan urusan PRN Sabah… Adalah tidak wajar bagi Dr Adham Baba untuk mencadangkan bahawa semua orang pulang ke Semenanjung dikehendaki menjalani kuarantin 14 hari.”

Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP Klang, 3 Oktober 2020:

“Kerajaan, kementerian dan polis tidak kisah untuk mematuhi SOP hanya kerana mereka mahu menang PRN Sabah… Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, terlambat mengkuarantinkan mereka yang pulang dari Sabah dan itupun hanya untuk tempoh 3 hari dan bukan untuk tempoh 14 hari… Mereka yang pulang dari Sabah wajib menjalani kuarantin 14 hari.”

https://mykmu.net/2017/03/18/tengok-ucapan-mp-bandar-kuching-tak-rasa-dap-mampu-jaga-islam/



Related Articles

One Comment

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker