Covid-19: Anwar perlu berhenti rebut kuasa, utamakan keselamatan rakyat

Share

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menyeru ahli politik di negara ini agar mengetepikan dahulu perebutan kuasa dan mengutamakan keselamatan rakyat berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini sekarang.

“Covid-19 adalah satu perkara yang mana semua negara masih dalam proses memeranginya. Do not take this lightly (jangan pandang ringan perkara ini) dan jangan pula kita mendahulukan perebutan kuasa politik.

“… dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi nyawa dan keselamatan rakyat,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai dapatan tinjauan yang dibuat oleh Astro Awani yang mendapati lebih 80 peratus netizen tidak bersetuju jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Saya tak lantik Anwar dalam kabinet saya kerana dia tiada manfaat – Mahathir

Menteri Wilayah Persekutuan itu yang bersetuju dengan pandangan netizen tersebut berkata berdasarkan pengalamannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, adalah sukar untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat.

“Sewaktu saya mengendalikan jentera pilihan raya di Sabah, memang berlaku ketidakpatuhan terhadap SOP dan apabila mereka pulang ke Semenanjung berlaku penularan wabak itu di sini,” katanya.

Sebelum ini, sesetengah pemimpin politik menggesa agar diadakan PRU15 dalam masa terdekat susulan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.

Sementara itu, Annuar menasihati warga kota agar mengamalkan Kawalan Pergerakan Sukarela yang diterjemahkan sebagai “meminimumkan pergerakan kepada yang perlu sahaja.”

“Contohnya, saya sendiri hanya pergi pejabat untuk perkara penting dan jika tiada apa-apa saya kurangkan pergerakan. Ini bukan bermakna kuarantin tetapi mengawal,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 260 kes baru Covid-19 di negara ini dengan 259 adalah penularan dalam negara.

– Bernama

Mahathir tak pernah ikhlas walaupun Anwar sentiasa positif dengannya

Leave a Reply