BN tak mahu PRN Sabah, jangan salahkan kami, Najib tegur penyokong PH

Najib Razak menegur penyokong Pakatan Harapan susulan kebimbangan terhadap penularan Covid-19 selepas pilihan raya Sabah, mengingatkan mereka Barisan Nasional dan sekutu, Perikatan Nasional, tidak mahu pilihan raya negeri diadakan atas sebab itu.

“Tidak adil untuk salahkan PN atau BN sahaja sebab kita memang tidak mahu PRN Sabah diadakan.

“Tiga kali kita pohon di 3 mahkamah, 3 kali permintaan kita ditolak,” katanya di Facebook hari ini.

Najib menyorot perhatian penyokong PH kepada turutan peristiwa yang membawa kepada PRN Sabah, menunjukkan keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri bukan di tangan BN dan PN.

Pertama, katanya, Yang di-Pertua Sabah enggan terima bekas ketua menteri Musa Aman menghadap untuk beliau tunjukkan sokongan majoriti yang diperolehi untuk membentuk kerajaan baharu.

“Ini jauh berbeza dengan masa TYT menerima Shafie Apdal menghadap setelah Upko melompat dan menjatuhkan Musa serta kerajaan BN Sabah selepas PR-U14.”

Kedua, katanya, YDP Sabah mengikut nasihat Shafie untuk membubarkan DUN supaya PRN boleh dilaksanakan.

Najib berkata YDP Sabah mengambil langkah berbeza dengan pendekatan YDP Melaka, yang enggan bubar DUN Melaka pada Mac, selepas berpuas hati ketua menteri ketika itu tidak lagi dapat sokongan majoriti.

“Pada masa Shafie minta DUN dibubar, Musa juga tidak bersetuju.

“Masa itu juga, pemimpin-pemimpin PH lain memuji ‘keberanian’ Shafie untuk membubarkan DUN supaya PRN boleh berlangsung.”

Najib mengambil maklum Shafie sendiri memohon maaf atas pembubaran DUN dan PRN itu atas alasan rakyat Sabah berhak ada kerajaan bermaruah.

“Kita tidak ada pilihan lain selain membantu berkempen di sana walaupun dinasihat oleh ahli keluarga untuk tidak lawat ke Sabah masa itu.”

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 pada semalam, dengan jumlah sebanyak 260 kes baru, dengan 259 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

Ia merupakan angka jangkitan baru harian ke-2 tertinggi, berbanding 277 kes yang direkodkan pada 4 Jun lepas yang sebahagian besarnya melibatkan warga asing yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil (DTI). FMT

BN minta maaf sebab situasi Covid-19 di Sabah walau Shafie yang minta bubarkan Dun

Related Articles

One Comment

  1. PRN ini betul2 buang masa dan buang duit, serupa macam PRK Rantau itu hari. Kalau buang duit dan masa puak2 PH sahaja tak apa, ini membazirkan duit kerajaan dan masa orang ramai. Kalau Warisan serah sahaja kuasa kepada PN dan BN, tak adalah jadi seteruk ini.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker