Mantan hakim, politik dan ‘Double Standard’ PH
Mereka nampak saya bahaya untuk rancangan mereka, kerana seruan-seruan saya pengaruhi orang Melayu hingga kerajaan terpaksa buat pusingan-U’
BERIKUTAN tersebarnya video Tan Sri Richard Malanjum, mantan Ketua Hakim Negara, berkempen menyokong calon parti Warisan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, pada 23 September 2020, Encik Lukman Sheriff menulis dalam Facebooknya:
“Apabila Tun Hamid bersuara dulu, orang panggil dia dengan pelbagai kata nista. Mkini ada buat coverage pun pasal ni. Media English mengutuk Tun Hamid seolah-olah beliau memalukan seluruh badan kehakiman. Teruk dia dicaci. Cuba baca https://m.malaysiakini.com/news/267415
Tun Hamid sebagai seorang yang berprinsip terus respons. Dia pejuang. Dia balas semua. Rupanya ada bekas Menteri MOF pun kata dia rasis, ekstremis dan pembohong. Ini semua sebab dia pertahankan Perlembagaan dan bangsanya. Sila baca https://tunabdulhamid.me/2019/02/response-to-all-my-critics/
Tetapi teka respons Tun masuk tak dalam media English? Takkan? Adakah ini “fair and objective” media? Jadi sebilangan pembaca berita bangsar bubble ni terus mengutuk dan mencaci Tun Hamid. Panas telinga saya ketika itu.
Tetapi apabila bekas hakim TS Richard berpolitik menggunakan “racial/ethnic” card, sikit pun tak menjadi isu. https://www.facebook.com/669402819/posts/10157037254742820/?extid=HEGhpU8Y3PQ47DQl&d=n
Saya tak kata TS Richard salah. Saya bukan nak TS Richard dikutuk. Saya ada masalah besar dengan media yang terlampau berat sebelah dan selektif. T Hamid seorang yang berwibawa tetapi dikotori reputasinya dengan tidak adil. Saya terus terang kata media kita ni rasis. Kalau satu bangsa buat sesuatu dia ok dan tiada masalah. Tapi Kalau ada bangsa yang mereka tak suka buat yang sama ia jadi rasis. Dan naratif dan subtext begini yang meracuni rakyat kita.
Saya harap pada suatu hari Nanti satu kajian ilmiah dibuat mengenai peranan media dalam menjalankan satu kempen/ pogrom rasisma di malaysia. Masuklah media Melayu dan vernakular jika ada tetapi jangan tak masuk media2 English yang sentiasa bermain dengan isu ini supaya kita sedar bagaimana mereka dengan jahat mengadudomba kita. Tun Hamid salah satu mangsa mereka.
Ps: Tun Hamid never campaign politically. He fought based on causes/ principles.”
Pada 24 September 2020, Tun Abdul Hamid menghantar respons ini kepada Encik Lukman:
Assalamualaikum saudara Lukman,
Terima kasih di atas muatan di Facebook saudara yang dihantar kepada saya oleh beberapa orang sahabat.
Sebenarnya, ada berbezaan antara apa yang dilakukan oleh TS Richard Malanjum dan saya. Beliau berkempen menyokong calon parti tertentu dalam pilihan raya.
Saya mengulas isu-isu berkaitan parti-parti politik, kerajaan dan pembangkang. Jika saya bersetuju dengannya, saya kata saya bersetuju dan saya beri alasan-alasan saya. Jika saya tidak bersetuju, saya kata saya tidak bersetuju dan saya beri alasan-alasan saya.
Apa yang pengkritik-pengkritik saya tidak puas hati ialah, semenjak tahun 2014, melalui ucapan dan rencana saya, saya menyeru orang Melayu bersatu untuk menentang tuntutan orang-orang bukan Melayu yang melampau dan berlawanan dengan apa yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Saya mempertahankan Perlembagaan. Mereka hendak merobek-robekkanya kerana mereka mahu lebih.
Campur tangan politik di mahkamah – Mantan Ketua Hakim Negara
Mereka nampak saya merbahaya kepada perancangan mereka, kerana seruan-seruan saya dapat mempengaruhi orang Melayu sehingga kerajaan terpaksa membuat pusingan-U, bermula dengan penarikan balik cadangan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Rang Undang-Undang Harmoni, oleh DS Najib; penarikan balik cadangan untuk ratify ICERD dan Statut Rom; Kerjasama UMNO dan PAS dan, lebih penting lagi, menyedarkan orang Melayu tentang bahayanya DAP terhadap hak dan kepentingan orang Melayu dan kedudukan agama Islam.
Maka mereka menyerang kredibiliti saya.
Seterusnya, bandingkan apa saya lakukan dengan apa yang dilakukan Tun Salleh Abas dan DS Gopal Sri Ram yang mereka tidak bantah, malah menyokong.
Tun Salleh Abas bertanding sebagai calon S46 menentang Dato’ Sharizat dan kalah. Selepas itu, beliau bertanding sebagai calon PAS di Terengganu, menang dan menjadi Ahli Exco Negeri. (Pada masa itu, S46 dan PAS adalah pembangkang)
DS Gopal Sri Ram, antara lain, mewakili Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta Peguam Negara Apandi Ali, menangkap dan menuduh DS Najib Razak, Perdana Menteri sebelumnya. Ditanya kerana apa, DS Gopal Sri Ram menjawab, “Ramai orang akan gembira jika beliau berbuat demikian” dan beliau (Apandi) akan menjadi wira sebagai Peguam Negara pertama yang menangkap seorang Perdana Menteri. (Afidavit TS Apandi).
Mengapa mereka tidak dikritik?
Tun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara
Adakah sistem kehakiman Malaysia akan rosak di bawah Mahathir ?