Kenapa ganti nama di nama jalan Pembesar Melayu? – Annuar Musa

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa kelihatan tidak senag dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menamakan semula “Jalan Raja Laut 1” menjadi “Jalan Palestin”.

Annuar mengatakan bahawa dia tiada halangan jika sesuatu jalan dinamakan Jalan Palestin namun mempersoalkan alasan jalan yang diberi sempena nama tokoh dalam sejarah Melayu itu dipilih untuk diganti dan bukannya jalan dengan nama Inggeris.

Walau Apa Juga Sekatan Dan Halangan, Rakyat Akan Tatap Menyokong BN – Najib Razak

“Saya tiada halangan nak namakan jalan di Kuala Lumpur dengan nama Jalan Palestin, sebagai tanda sokongan kepada perjuangan pembebasan Al-Quds.

“Namun saya mahukan penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar sejarah Melayu dan Kuala Lumpur.

“Kenapa tak tukar jalan nama Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Cohrane Road,” katanya di Twitter.

Untuk rekod, DBKL berada di bawah kementerian Annuar.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, idea untuk menukar nama jalan itu dicetuskan selepas  Himpunan Hari Al-Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei tahun lalu.

“Kementerian Wilayah Persekutuan meminta untuk menamakan satu jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin.

“Menamakan semula jalan melambangkan sokongan Malaysia untuk perjuangan rakyat Palestin menentang penindasan dan akhirnya, membentuk negara Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

https://mykmu.net/2017/12/25/paling-banyak-tanah-dijual-ialah-di-pulau-pinang-kenapa-tak-banding-dgn-palestin/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker