Buktikan cinta sehingga ke bulan, lelaki ini membeli tanah satu ekar di sana untuk isteri

Pepatah Inggeris yang mengatakan ‘mencintaimu sehingga ke bulan dan kembali’ bukan sekadar pepatah buat lelaki Pakistan bernama Sohaib Ahmed yang membeli sebidang tanah seluas satu ekar di bulan untuk isterinya, Madiha sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Dialogue Pakistan melaporkan, Sohaib yang berasal dari Rawalpindi, membeli tanah di bulan dalam wilayah dikenali ‘Sea of Vapors’ dengan harga mampu milik iaitu USD45 (RM186.34) melalui ‘Lunar Settlement Initiative’ (LSI).

YouTube/ Paparan Skrin

Bagi membolehkan tuntutan tanah diberikan pengiktirafan dan sah di sisi undang-undang, penempatan manusia itu perlu didirikan dengan hak diberikan secara kekal yang mana membolehkan pemilik akan terus ‘menghuni bulan’.

Sekiranya anda keliru apa sebenarnya yang boleh dilakukan dengan tanah yang telah menjadi hak milik, LSI mengatakan bahawa hampir semua perkara dibenarkan selagi ia menurut undang-undang.

YouTube/ Paparan Skrin

“Pemilik harta tanah berhak untuk mendiami dan mengembangkan harta mereka dengan cara apa sekali pun, tertakluk kepada terma menurut undang-undang atau akta yang mungkin ditetapkan oleh pemerintah Bulan (Luna) yang bebas dan berdaulat, yang dipilih secara bebas oleh warganya,” demikian menurut kenyataan di laman sesawang inisiatif itu.

Menurut LSI itu lagi, penempatan warga Luna boleh terdiri daripada ‘tempat perlindungan dan struktur sementara, kenderaan atau perantara bergerak ke kemudahan tetap untuk penyelidikan, pembinaan perlombongan, tempat tinggal manusia, kemudahan penginapan pelancong, dan/atau penempatan strategik.’

YouTube/ Paparan Skrin

Walau bagaimanapun, harta tanah ini tidak tertakluk kepada hak milik sah yang diperakui menurut perjanjian undang-undang antarabangsa yang menyatakan bahawa unsur-unsur warisan sesama manusia (baik budaya dan semula jadi), termasuk angkasa lepas, harus dipegang secara amanah untuk generasi akan datang dan oleh itu, ia tidak boleh dimiliki oleh mana-mana negara.

 

Luna Society International dengan kerjasama NASA menawarkan kepada individu di bumi yang berminat untuk membeli tanah di bulan bagi tujuan mengunjungi ruang angkasa. Pasangan Sohaib dan Madiha berharap mereka akan terpilih untuk melawat bulan pada masa hadapan.

Sebelum ini, aktor Bollywood bernama Sushant Singh yang meninggal dunia secara mengejut baru-baru ini turut mendedahkan memiliki tanah di bulan di laman Instagram miliknya.

Dan sebenarnya, ramai penduduk dunia yang telah memiliki tanah di bulan, termasuk golongan selebriti John Travolta, Tom Cruise, Nicole Kidman, Shah Rukh Khan serta bekas Presiden Amerika Syarikat seperti Jimmy Carter, Ronald Reagan dan George W Bush.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker