Jelas berprinsip, UMNO Sebuah Perjuangan

 

Semenjak PRU14, seseorang ahli parlimen perlu berhadapan dengan soal bagaimana sebenarnya dia telah mendapat sokongan majoriti di kawasannya.

Adakah dia mewakili partinya atau pengundinya?



Apabila membuat suatu keputusan yang penting, adakah dia tidak perlu lagi tanya partinya kerana dia sekarang sudah perolehi mandat rakyat.

Tentunya lebih mudah bertanya dan berbincang dengan rakan2 dalam parti dari merujuk kepada pengundi yang ramai.

Ini bukan suatu delimma.

Seorang wakil rakyat bebas pun tentu adanya sekumpulan rakan2 yang telah membantunya semasa kempen pilihanraya itu. Mereka ini yang menjadi pihak yang dirujuk dan dibawa berbincang.



Apatah lagi parti. Walaupun parti tidak lagi menjadi pemerintah, ia tetap ujud, lebihlagi di kawasan sendiri.

Demikian, setiap keputusan besar seseorang wakil rakyat itu harus pada prinsipnya harus sangat dirujuk kepada parti diperingkat kawasan, negeri dan pusat.
Ini, prinsip berparti.

Tentunya seseorang ahli parti yang telah melalui tapisan sehingga diangkat sebagai calon pilihanraya memahami prinsip ini.

Sebab itu, seseorang wakil rakyat yang melompat meninggalkan partinya telah menyebabkan kemurkaan rakan2nya dalam parti yang telah bertungkus-lumus bekerja baginya sebagai calon parti.



Ketika UMNO diistihar sebagai sebuah pertubuhan haram olih mahkamah pada 1987, saya, selaku ketua bahagian, tetap berbincang dengan mereka yang berada dalam jawatankuasa bahagian sebelum UMNO lama ‘dibubarkan’.

Pada masa itu, kita perlu berhadapan dengan PRK Tg Puteri. Gerakerja perlu dilakukan.

Setelah ditolak permintaan kami supaya seluruh bahagian Johor Bahru diterima “en bloc”, kami tetap bekerja untuk kemenangan calon UMNO Baru yang pertama di prk itu.

Keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Johor Bahru supaya pengundi dapat memberi mandat baru juga dibincang sesama rakan2 yang pernah duduk bersama sebagai satu jawatankuasa bahagian parti.



Begitu juga rancangan saya untuk mendapatkan mandat baru sebagai ahli parlimen Johor Bahru.

Dan sebagai seorang wakil rakyat bebas, saya tetap mempunyai rakan2 yang menjadi tempat rujukan dan untuk berbincang.

Setiap langkah termasuklah akhirnya apabila kita patuh kepada Resolusi Melayu Johor untuk kembali bersatu dengan wadah perjuangan lama dalam UMNO Baru, adalah keputusan bersama.

Kesimpulannya, apabila kita jelas tentang prinsip dan berpandu kepada prinsipnya, soal-soal besar mudah dijawab.



Tok Uban

Kita dalam UMNO juga telah putuskan ‘no Tun Mahathir, no Anwar and no DAP’ – Ku Nan

Nama parti Pejuang tapi bila dapat kuasa janji tak terpakai lagi – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker