Kita dalam UMNO juga telah putuskan ‘no Tun Mahathir, no Anwar and no DAP’ – Ku Nan

Share

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa dirinya tidak terlibat dalam gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Bendahari UMNO itu sekali gus menafikan laporan sebuah portal sebelum ini yang menyenaraikan nama beliau serta beberapa Ahli Parlimen UMNO lain yang didakwa menyokong Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

“Ini hanyalah angan-angan Anwar dan berharap agar tidak ada pihak yang percaya dengan dakwaannya.

“Saya tetap bersama UMNO, dulu kini selamanya dalam perjuangan sebuah bangsa.

“Kita dalam UMNO juga telah putuskan ‘no Tun Mahathir, no Anwar and no DAP’. Jadi hentikanlah spekulasi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau menggesa supaya menghentikan segala spekulasi dan meneruskan perjuangan menjaga rakyat dan setia bersama Barisan Nasional (BN).

Sebuah portal berbahasa Melayu pada Khamis melaporkan 19 Ahli Parlimen UMNO menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Selain Tengku Adnan, portal itu turut menyenaraikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap); Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling); Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) dan Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit).

Nama lain dalam senarai itu ialah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak); Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk); Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Datuk Seri Najib Razak (Pekan); Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Seri Idris Jusoh (Besut) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian).

Turut tersenarai Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin; Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan); Datuk Seri Hasan Arifin ( Rompin); Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands) dan Datuk Hasbullah Osman (Gerik). Awani

Ucapan saya disalah tafsir – Ku Nan

Leave a Reply