Nama parti Pejuang tapi bila dapat kuasa janji tak terpakai lagi – Najib

Najib Tun Razak mengingatkan para pengundi berketurunan India yang akan membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim agar tidak tertipu lagi buat kali kedua.

Jelas beliau, kaum itu patut menggunakan peluang kedua mengundi ini untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Jelas Penasihat Barisan Nasional (BN) itu, undi perlu diberikan kepada BN yang terbukti menjaga kebajikan kaum India sebelum Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambilalih selama 22 bulan.

“Orang India telah kena tipu dan jangan kena tipu dua kali lagi. Kalau kena tipu dua kali juga, kena pergi jumpa doktor.

“BN tidak pernah tipu kaum India. Mereka yang tipu parti Atok (Mahathir) dan PH. Sekali lagi hendak letak calon Bebas sebab parti beliau belum daftar lagi.

“Nama parti kononnya Pejuang. Tidak boleh pakai nama Penjuang kerana bila dapat kuasa janji tidak perlu lagi.

“Manisfesto PRU bukan wajib bagi PH dan mereka hanya jual janji sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana di perkarangan Bilik Gerakan Parti Makkal Sakti Malaysia di sini malam ini.

Turut hadir calon BN bagi PRK Slim, Mohd. Zaidi Aziz yang akan berdepan dua calon Bebas dari Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S Santharasekaran.

Mengulas lanjut, Najib turut menyeru pengundi memilih Mohd. Zaidi yang merupakan anak tempatan berbanding calon bebas dari Pejuang yang berasal dari Teluk Intan.

Beliau berkata, calon BN itu juga telah diasuh oleh penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib selain berpengalaman luas dalam pertubuhan bukan kerajaan.

“Calon Atok orang Teluk Intan dan tak dikenali, kalau orang Teluk Intan bertandinglah di sana. Apa tanding di sini.

“Kita mahu anak tempatan yang tahu isi hati masyarakat dan tidak pergi ke mana-mana lepas PRK, bukan calon bebas,” katanya.

Najib yang juga bekas Pengerusi BN dan Presiden UMNO turut memuji kesetiaan pemimpin Parti Makkal Sakti sebagai rakan sejati yang bersama BN ketika susah dan senang.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi mpada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang selepas mengadu kesukaran bernafas.

Mohd Khusairi dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 pada 2004.

Pada PRU14, beliau mempertahankan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim, dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zaina. – MalaysiaGazette

Related Articles

One Comment

  1. Knp x tok jibby je yg brtnding kt selim riba…if kpg aq…ckp die x lku…lg2 dh d dpati brslh oleh mhkmh…so tggu ryuan tu…pgg tsbih je…if kite x btul…jgn nk btul d pngaruh org len…x lku…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker