PJ City berjaya tangguh kejuaraan JDT

Share

KUALA LUMPUR: Johor Darul Tazi’m (JDT) terpaksa menangguh hasrat untuk meraih gelaran Liga Super ketujuh berturut-turut selepas sekadar seri 2-2 dengan Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Turun selaku juara bertahan, skuad Harimau Selatan terpaksa menunggu sehingga minit ke-35 untuk membolosi gawang tuan rumah menerusi rembatan kaki kiri Safawi Rasid selepas menerima umpanan cantik Diogo.

Namun, gol itu hanya bertahan selama dua minit apabila pemain sayap kiri Christie Jayaseelan berjaya menyamakan kedudukan.

Jaringan itu nyata menyuntik semangat anak buah K. Devan untuk terus mengasak gawang pelawat dan hasilnya PJ City berjaya mendahului hasil penyudah Gurusamy Govandar yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-44.

Ketika perlawanan babak pertama hampir tamat, skuad Harimau Selatan telah dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan tuan rumah menjatuhkan Safawi.

 

Peluang itu mudah disempurnakan pemain sayap kiri JDT Gonzalo Cabrera untuk menutup babak pertama dengan keputusan 2-2.

Bersambung babak kedua, perlawanan lebih rancak disajikan kedua-dua pasukan untuk memburu gol walaupun terpaksa beraksi dalam keadaan padang basah akibat hujan.

Begitupun, pertahanan tuan rumah utuh bertahan walaupun menerima asakan bertali arus daripada jentera serangan skuad Harimau Selatan.

JDT berpeluang mengesahkan kejuaraan di laman sendiri Jumaat depan jika berjaya mengalahkan Sabah atau menunggu perlawanan terakhir menentang Melaka United pada 10 Oktober.

Selangor tawar gaji RM70,482 buat Sumareh

Bintang JDT Safawi ke Portugal

Leave a Reply