Tahniah! Anugerah Pelancongan Kesihatan sekali lagi milik Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia terus melakar kecemerlangan dalam bidang pelancongan kesihatan bagi empat tahun berturut-turut apabila sekali lagi memenangi Anugerah Kesihatan dan Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik 2019/2020.

Berita mengembirakan itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya.

Dalam perkongsiannya itu, Dr Noor Hisham turut mendedikasikan anugerah tersebut kepada semua pemegang taruh dalam sektor penjagaan kesihatan atas kecemerlangan mereka sepanjang 2019/2020 dengan menggunakan hashtag #malaysiahealthcare.

“Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada keseluruhan pasukan,” katanya.-Awani

Barisan Hadapan Terus Dihargai, Terima Anugerah Hari UMNO – SUA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker