Pemuda noda bayi 18 bulan

New Delhi: Mengejutkan apabila seorang remaja lelaki di India tergamak merogol bayi perempuan berusia 18 bulan yang juga saudaranya di Madhya Pradesh, India, Sabtu lalu.

Gulfnews melaporkan ibu bayi malang berkenaan membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Menurut Superintendan Shiv Kumar, ketika kejadian, ibu mangsa keluar seketika untuk membeli sayur, manakala bapanya sedang bekerja.

“Sebaik pulang ke rumah, ibunya mendapati bayi itu seperti bermasalah dan mengesyaki sesuatu berlaku.

“Bayi itu kemudiannya dirujuk ke hospital segera untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Susulan kejadian, remaja terbabit ditahan polis, 110 kilometer dari tempat kejadian untuk membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat Kanun Keseksaan dan Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual 2012.

Akta berkenaan diwujudkan untuk melindungi kanak-kanak daripada kesalahan seperti penderaan seksual, gangguan seksual dan pornografi.

Februari lalu, seorang bayi perempuan berusia empat bulan di Daudnager, maut dirogol sepupunya berusia 30 tahun-HM

Bapa tampar, lambung anak usia dua bulan ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker