Asam Pedas Restoran Tiga Lima, Bandar Hilir, Melaka

Baru tengahari tadi aku menikmati makan tengahari direstoran ini setelah hampir 12 tahun aku sibuk mencari kedai ini yang telah bertukar lokasi. Dulu dianya dibuka digerai makan sepanjang jalan di tapak Menara Taming Sari sekarang, bila kerajaan negeri menambak laut disitu, semua kedai ini berpindah ke lokasi lain. Aku dengar dulu dia berniaga di Jalan Ong Kim Wee semasa proses penambakkan laut dijalankan, puas juga aku cari kat sana tapi tak jumpa, akhirnya aku give up. Bila terjumpa Restoran Asam Pedas Selera Kampung berhadapan Menara Taming Sari, aku jadi terlupa tentang kedai ni. Entah macamana nak dijadikan cerita aku ada kerja khas kat kawasan pelabuhan Melaka, bila ronda-ronda area ni ternampak lak papantanda ni.

 

Masa tu hari ahad dan kedai ni tidak dibuka maka aku tekad akan datang semula buat tinjauan semula bila ada kelapangan, nak mengesahkan adakah pemiliknya adalah orang yang sama masa di gerai selera tepi laut dulu. Dan hari ni aku berkesempatan membuat kunjungan hormat dan alhamdulilah pemiliknya adalah masih orang yang sama. dari perbualan dengan ownernya, beliau maklumkan papantanda asal yang diletakkan digerai tepi laut dulu tetap beliau bawa berpindah sekali ke sini dan ini gambarnya sebagai bukti.

 

Baca : Meletup, asam pedas madu tiga, pasti terangkat

 

Sebut soal nombor yang menjadi ingatan ni, masa aku berkhidmat dengan pasukan khas pemantau komunikasi dulu kat Bandar Hilir juga, no kod panggilan aku adalah “operator 35” dan kebetulan kedai ni juga ada nombor yang sama maka aku sentiasa teringatkan kenangan lama bila makan kat sini. Nostalgia betul tapi cerita yang sebenarnya adalah cerita makan..he he he

 

 

Kedai ini juga menjual masakan asam pedas, salah satu kedai yang aku cakap antara 3500 kedai asam pedas yang terdapat di Melaka, kedai ini aku rangkingkan sebagai no 3 pasal no 1 dan 2 dah diisi oleh kedai lain dan rangking ini hanyalah dari pendapat aku sahaja, terpulang pada anda untuk merangkingnya sendiri, ado den kisah. Masakannya simple aje, sama macam kedai-kedai di Melaka ni, ada menu sotong goreng, kerabu mangga, daging masak kunyit, ayam goreng, udang goreng belada, ulam-ulaman, sambal belacan “tak ingat” dan dah tentu asam pedasnya, ikan pun pelbagai dari pari, jenak, kembong dan juga daging tetel. Yang paling terliur adalah sambal belacan dan kuah cicah asam atau pun kuah cicah kicap cili. Bayangkan kalau anda tak makan bertambah, memang tak sah.

 

 

Hari ni menu yang aku ambil simple aje, ikan jenak asam pedas, daging goreng kunyit dan kerabu mangga. Nasi disertakan sambal belacan dan ulaman, air pula sirap limau. Harga semua sekali dalam rm12.00 aje tapi bila aku bersembang-sembang dan ceritakan yang dah lama aku cari kedai ni, terus dapat diskaun rm2.00, aku bayar rm10.00 dengan dapat air sirap limau lagi satu free… he he he. Gambar dah aku ambik pakai hp, gambar yang ada ni pakai kamera DSLR, bila nak upload tadi tak dapat-dapat, hp canggih, aku pun tak mahir sangat. Nak tunjukan adakah berbaloi dengan harganya, kalau tak tunjuk kang kata aku saja nak promote tapi kalau tengok sendiri, anda boleh nilaikannya sendiri. Takper next time aku cuba upload lagi.

 

 

 

Pelanggan masih ramai masa aku tinggalkan kedai ni dalam pukul 2.30 dan lauk beliau pun masih bertambah, ayam goreng panas-panas dan ikan asam pedas pun nampaknya baru diangkat dari periuk besar dibelakang kedai. Cara makan kat sini senang aje, tengok lauk apa yang anda nak makan, cari meja dan order, nanti diaorang hantar, kalau tengok kat gambar diatas dia akan hidangkan mengikut bilangan orang dan menu yang kita minta, yang pasti kuah asam pedas akan bertambah, macam kedai-kedai yang lain, kuah asam pedas ni juga sedap dihirup begitu saja, memang terangkat lah, kalau tak percaya, datanglah mencubanya sendiri cuma kali ni alamatnya saya tak bagi, nak datang contactlah saya, saya boleh tunjukkan dan saya juga boleh join sekali…wakakakakakaka….
Inilah hidangan ku yang sebenarnya….ahakss

 

Meletup, asam pedas madu tiga, pasti terangkat

Jualan Dapat Sambutan, Isteri Arwah Abam Berniaga Cempedak Goreng Demi Sara Keluarga

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker