Wanita nyaris maut, konkrit lebuh raya hempap kereta [Video]

Kuala Lumpur:  Seorang wanita nyaris maut apabila keretanya ditimpa batu konkrit struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala Ampang itu, mangsa dilaporkan hanya cedera pada tangan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk rawatan.

Insiden menyebabkan wanita berkenaan terperangkap dalam kereta PROTON Saga FLX dipandunya yang remuk pada bahagian bumbung selepas ditimpa kepingan konkrit dianggarkan bersaiz 1 meter persegi.

“Mangsa cedera di tangan dan (sudah) dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk di lokasi dan satu lorong terpaksa ditutup bagi kerja mengalihkan kenderaan.

Katanya, kerja pengalihan dan pembukaan semula lorong mengambil masa selama dua jam.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker