Seorang pandai mohon jawatan, seorang pandai gunakan kedudukan. Bakal KP Armanda Memang Hebat!

Calon ketua Pemuda Bersatu (Armada) Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sebagai timbalan menteri, dia dapat “permudahkan” urusan untuk membantu ahli Armada melalui exco-exco yang dilantik kelak.

Timbalan menteri belia dan sukan itu berkata demikian dalam klip video yang dikatakan dirakam ketika Wan Ahmad Fayhsal berkempen bersama Armada Pahang bagi pemilihan calon Ketua Armada yang dijadual berlangsung pada 27 September ini.

“(Contohnya) ada (ahli) Armada di Pahang yang terlibat dengan pertanian, kita fikir jalan macam mana nak tubuhkan konsortium Armada Pahang yang terlibat dengan pertanian.

“Jadi kita jumpa Datuk Ronald (Kiandee) (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan beritahu ini hajat Armada Pahang. Tolong datuk. Bantu kami.

“Dan saya sebagai timbalan menteri, dan Insya-Allah, ketua Armada Nasional, akan permudahkan.

“Bagaimana? Saya keluarkan surat sokongan sebagai timbalan menteri, sebagai ketua Armada dan saya akan buat salinan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, untuk perkukuhkan.

“Itu guna jawatan! Jawatan ini diberi untuk permudahkan kalian. Bukan untuk saya seorang. Tapi untuk bantu kalian, bantu saya juga.

“Pertama, undilah saya,” katanya menerusi video terbabit.

Sementara itu, beberapa pemimpin pembangkang mempersoalkan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi menyifatkan ia sebagai menyalahgunakan kedudukan di kementerian.

“Belum menang lagi tapi dah salah guna kedudukan. Siap kempen terang-terangan kat penyokong.

“Inilah budaya politik lapuk yang harus ditolak oleh anak-anak muda,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto pula menyifatkan memberi surat sokongan adalah budaya BN.

“Saya tidak pernah memberi surat sokongan selama kerjaya politik saya sebagai ahli parlimen sejak 2013 sehingga hari ini.

“Surat sokongan adalah budaya BN yang kami tentang dan boleh menyebabkan salah guna kuasa.

“Pada masa lalu, surat sokongan adalah jalan pintas yang boleh melangkaui keperluan sah dan seumpamanya,” katanya dalam kenyataan di Twitter.

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/08/Bakal-KP-Armada.mp4[/KGVID]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker