Saluran YouTube Les’ Copaque nombor 1 di Malaysia

[LAPORAN KHAS] KEJAYAAN Les’ Copaque Production meraih lebih 10 juta pengikut di YouTube melayakkan syarikat animasi utama negara menduduki tangga pertama pengendali akaun media sosial berkenaan di Malaysia.

Kejayaan itu juga melayakkan studio animasi yang popular dengan siri Upin & Ipin menerima Anugerah Diamond Play Button daripada platform video berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, ia merupakan suatu pencapaian yang luar biasa apabila menjadi saluran YouTube pertama dari Malaysia yang mencecah 10 juta pengikut.

Katanya, kekuatan yang dimiliki oleh Les’ Copaque Production adalah kandungan siri Upin & Ipin yang menarik minat bukan sahaja golongan kanak-kanak malah orang dewasa.



“Kandungan itu memainkan peranan untuk tarik minat. Kita memang percaya faktor itu dan kandungan adalah raja. Jadi kalau boleh kita bagi kandungan yang bagus untuk teladan anak-anak, apabila mereka besar nanti dia, mereka akan menjadi orang yang berguna.

“Lagi satu kenapa kita mampu mendapat 10 juta pelanggan adalah kerana kita dikenali sehingga ke Indonesia. Kira-kira 70 peratus pengikut di YouTube itu adalah datangnya dari luar negara terutamanya Indonesia,” kata beliau kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Tambahnya, jumlah 10 juta pelanggan itu juga mampu menjadi nilai tambah buat Les’ Copaque Production untuk menembusi lebih banyak pasaran luar negara.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker