Hishammuddin minta maaf hisap vape dalam Dewan [Video]

Menteri Minta Maaf, Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan permohonan maaf kerana terlajur menghidu vape ketika persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi.

Hishammuddin melalui ciapan di Twitter berkata beliau tidak menyedari akan perbuatan tersebut sambil berjanji untuk tidak mengulangginya.

“Maaf, saya tidak menyedarinya (kerana) ia kelaziman baru. Saya minta maaf kepada Dewan Rakyat dan berjanji tidak akan melakukannya lagi,” tulisnya sebentar tadi.

Terdahulu klip video berdurasi 0:09 sat tersebar di media sosial yang menunjukkan ahli parlimen Semberong itu menghisap vape sambil mengunakan penutup mulut.

Tindakan itu kemudiannya ditegur oleh pengikutnya di laman media sosial sambil meminta Hishammuddin untuk memberikan penjelasan.

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati rata-rata memuji tindakan tersebut kerana berani mengaku atas kesilapan yang dilakukan. – SuaraTV

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker