Nabi Muhammad pelarian, Mat Sabu jangan kelirukan bukan Islam
oleh Lau Chin Kok
JANGAN MENGELIRUKAN BUKAN ISLAM
Semalam saya rasa amat terkejut melihat satu video ucapan ahli parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu yang menyatakan Nabi Muhammad seorang pelarian.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang begitu dekat dengan umat Islam serta budaya hidup mereka, tidak pernah sama sekali saya mendengar perkataan PELARIAN ini di sebut kepada Nabi Muhammad (SAW).
Perkataan HIJRAH (berpindah) dan PELARIAN sangat berbeza makna dan konteksnya. Seperti yang di sebut dalam sejarah, Nabi Muhammad berpindah kerana dijemput oleh orang Madinah, diberi jaminan keselamatan dan diangkat menjadi pemimpin di sana.
Jelas sekali perkataan itu tidak diletakkan pada tempat yang betul.
Oleh itu saudara Mat Sabu tolonglah jangan buat kenyataan yang pelik-pelik dan mengelirukan. Kita tidak mahu berlaku salah faham kepada bukan Islam yang mengambil kenyataan ini sebagai sesuatu yang benar dan boleh diperkatakan.