Tragedi MH17, Detik Hitam Yang Menyatukan Semua Usaha [Video]

Terima Kasih Buat Wira – Wirawati Negara

Mungkin saya tidak terbabit secara langsung dalam siasatan ini, tetapi berdasarkan pengalaman sebagai Ketua Perunding bagi pihak Malaysia ketika menerajui operasi membawa pulang kotak hitam pesawat MH17 dan mayat mangsa tragedi, membuatkan saya berbeza pendapat dengan hasil siasatan yang didedahkan.

Kerjasama baik diberikan pemimpin pemisah yang turut mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri DPR, Alexander Borodai, kepada rombongan kami seramai 12 orang yang dikenali sebagai ‘The Dozen Person’ atau ‘Kumpulan 12’ dulu tidak membayangkan kumpulan pemisah itu melakukan perkara itu.

Kehadiran kami disambut secara positif, malah Borodai juga tidak meletakkan sebarang syarat terhadap tuntutan Malaysia untuk mendapatkan dua kotak hitam milik MH17 mengandungi rakaman data penerbangan (FDR) dan rakaman suara kokpit (CVR).

Beliau turut akur dengan permintaan kami untuk membawa pulang semua mayat mangsa warga Malaysia dan barangan milik mereka, selain membenarkan kumpulan penyiasat dari Malaysia memasuki lokasi nahas.



Malah, Borodai turut memastikan kawalan ketat keselamatan mengiringi pasukan kami sepanjang perjalanan berisiko menaiki kereta api untuk membawa pulang bahan bukti penting nahas, dari Donetsk ke Kalkiv.

Petikan pengalaman Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Penyelaras Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

 

17 July.



6 tahun telah berlalu.

Detik hitam.

Saya berdepan dengan satu tragedi yang perlukan penyelesaian segera.

Ada risiko, sekatan, halangan.



Pelbagai perkara perlu ditangani.

Operasi krisis. Hubungan diplomatik. Rundingan demi rundingan.

Alhamdulillah hubungan saya dengan pemimpin dunia amat baik.

Matlamat kita hanya satu – bawa kesemua mereka pulang.



Saya juga mahu kotak hitam itu di tangan kita.

Syabas kepada pasukan keselamatan negara dan pengurusan krisis.

You delivered. But it was not for me. It was for the families of the victims.

Terima kasih kepada semua wira-wirawati yang terlibat.



Saya akan sentiasa mengingati jasa dan sumbangan rakan-rakan seperjuangan saya.

(Rakaman lama)

Najib Razak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker