Tangki bahan kimia pecah, sungai Kulai tercemar

Tangki bahan kimia pecah, sungai Kulai tercemar

Satu tangki bahan alkali dengan isi padu 1,000 liter pecah hingga mengakibatkan bahan kimia itu mengalir ke sungai berhampiran di Kulai, Johor.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Bahtiar Selamat berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan pada 8.22 malam dalam kejadian di sebuah stor di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang itu.

Sehubungan itu, katanya, seramai 21 anggota dibantu satu unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) bergegas ke tempat kejadian dan mendapati tumpahan bahan kimia iaitu jenis methyltriocdylam monium chloride, hydrogen peroxide solution, n-methyl cyclohexylamine.

“Terdapat 30 tangki yang mengandungi bahan alkali dan salah satu daripada tangki berkenaan pecah dan mengalir ke sungai yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, isi padu setiap tangki adalah kira-kira 1,000 liter.

“Dua mangsa di lokasi berhampiran mengalami gejala muntah. Bomba bertindak membuat tiga lapisan benteng bagi menghalang bahan buangan berkenaan daripada terus mengalir ke dalam sungai.

“Pengaliran bahan kimia berkenaan dapat dihentikan dan keadaan didapati selamat. Operasi ditamatkan pada 2.33 awal pagi ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga menyalurkan aduan kepada Jabatan Alam Sekitar. FMT

Tangki bahan kimia pecah, sungai Kulai tercemar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Aksi Wardar Wanita Terlampau Dengan Banduan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker