Pemantapan tadbir urus IPT akan diperkasakan

Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Dr Noraini Ahmad merasmikan Program Pemerkasaan Peranan Wakil KPT Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam (LPU) malam ini.

“Tadbir urus yang baik menjadi tunjang yang kritikal dan mesti menjadi amalan kita semua. Tadbir urus bukan sahaja mengenai falsafah pengurusan dan amalan terbaik, malah lebih besar daripada itu. Ia merupakan keupayaan kita menampilkan sebuah perkhidmatan yang bebas, telus, berwibawa dan dipercayai”, katanya.

Pemantapan Tadbir Urus IPT perlu diberi penekanan yang serius. Perkara ini juga telah menjadi agenda utama Kerajaan agar Agensi-Agensi Kerajaan termasuk Badan Berkanun memantapkan sistem tadbir urus masing-masing.

KPT konsisten dalam mendukung aspirasi ini melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) dan Buku Hijau – Enhancing University Board Governance and Effectiveness. Buku ini memberikan panduan dalam bentuk amalan terbaik yang boleh dilaksanakan di universiti.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker