Video pergaduhan Nubhan, isteri tular. Ini penjelasan dia bila tanya

“0TAK you (awak) letak kat (di) mana? Fikirlah sikit. Sekarang ini kereta hi-lang tau. I (saya) tak ada duit nak beli kereta tau tak?”

Itu kata-kata penyanyi, Nubhan yang ditujukan kepada isterinya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek berdasarkan video yang tular di media sosial, hari ini.

Video berdurasi 2 minit dan 43 saat yang dirakam seseorang dari dalam kereta itu seolah-olah memperlihatkan pasangan itu sedang bergaduh.

Nubhan ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut video yang tersebar.

“Maaf tadi ada hal pula. Nak tanya fasal video ini? Biarlah kami bertenang dulu. Bagi selesaikan satu persatu. Tak nak nanti lagi parah,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai kesahihan kejad-ian yang berlaku, Nubhan yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam mengambil pendekatan berdiam diri apabila pertanyaan itu tidak dijawab.

Nubhan dan isteri berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Berikut reaksi dari netizan

“Tak baik nak jaga tepi kain orang.Kain sendiri yg terlondeh.Jangan menyibuk hal orang.Biar orang yg settlekan masalah dia je.Yg lain jangan masuk campur hal dia.

“Nk buat maketing pun,buat la power sikit..dokong bini,buang dlm tasik..biarkan tekapai2 kelemasan..bru la org menangis2 beli produk awak walaupun hasil mcm sepahawau

Sebelum ini Bintang Akademi Fantasia 6, Nubhan meluahkan rasa kesal apabila perkahwinannya dengan seorang doktor menjadi sindiran netizen.

Lebih teruk apabila Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 32, digelar ‘retis sendu’ dan perkahwinan itu dianggap tuah.

Namun, Nubhan punyai jawapan sendiri dan menyifatkan sindiran netizen itu bodoh.

“Banyak pula komen macam ini kebelakangan ini, ada yang sindir ada yang direct. Komen yang lain tu lantaklah.

“Apalah sangat, wife saya tak pernah tanggung hidup saya ya, ko ingat cukup ke?

“Bangangnya komen ni, gaji bini aku sebulan aku dapat double setiap hari okey! Ko ingat aku batak ke nak popular?

“Kalau popular pun sangkak nak buat apa?

“Kau tu yang masih hidup meminta-minta tu tak payah cermin diri, zaman sekarang hentak terus kepala kat dinding kasi sedar,” tulisnya berserta tanda pagar #bebal dan #bodohtusimpansikit.

Nubhan dan isterinya, Afifah Hidayah Taufek telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aafiya Kamilia yang kini berusia setahun.
MB

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/07/VID_20200718_001548.mp4[/KGVID]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker