GPMS harap Muhyiddin tolak iktiraf UEC

UEC bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Itu ketegasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mengulangi pendirian menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di negara ini.

Presidennya, Mohd Alif Anas Md Noor berkata, ini kerana dasar pendidikan antara lain menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum sama yang berorientasikan Malaysia serta sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

Katanya, dasar sedia ada adalah saksama buat semua warganegara Malaysia dan pihaknya mengambil maklum pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zhong) semalam.



“GPMS yakin dan percaya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menangani tuntutan yang sudah dibuat Hua Zhong sejak sekian lama dengan penuh hemah dan rasional serta berteraskan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi masyarakat bersatu padu di Malaysia,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya, pertemuan itu antara lain menunjukkan sikap keterbukaan Muhyiddin dalam menerima pandangan dan cadangan semua pihak tanpa mengira kaum dan jelas membuktikan beliau adalah Perdana Menteri buat semua warganegara Malaysia.

“Komitmen yang diulangi beliau untuk membangunkan Malaysia pasca Covid-19 menerusi pembabitan semua pihak juga sememangnya wajar disambut baik,” katanya.

Hua Zhong menerusi kenyataannya semalam, memaklumkan tuntutan pengiktirafan UEC adalah antara perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan itu.



Penolakan kepada tuntutan berkenaan juga sudah beberapa kali disuarakan oleh GPMS sebelum ini termasuk ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, dua tahun lalu. HM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker