Ronaldo komen video skill bola TMJ (video).

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima ucapan ulang tahun hari keputeraan daripada bintang Juventus, Cristiano Ronaldo.

TMJ memuat naik satu video free kick yang cantik dengan caption”Good pass Tincho. Thank You for the wonderful wishes everyone”-TMJ .Tapi tak sangka CR7 masuk komen

Ucapan istimewa dibuat pemain kelahiran Portugal itu menerusi satu komen di ruangan Instagram milik Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

“Happy birthday my friend (Selamat hari lahir sahabat),” kata Ronaldo dengan komen berkenaan turut mendapat reaksi daripada beberapa pengguna media sosial itu.

Malah, TMJ yang menyambut hari keputeraan ke-36 semalam turut membalas komen pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu dengan berkata: “Terima kasih Cristiano. Jumpa kamu lagi, semoga kamu dan keluarga sentiasa dalam keadaan baik sahabat.”

Selain itu, beberapa pengguna media sosial juga dilihat teruja dengan ucapan dibuat Ronaldo yang juga antara pemain terbaik dunia.

Pengguna media sosial, dnish77 berkata:” Terperanjat CR (Cristiano Ronaldo) komen.”

faizzue pula berkata: “Padu Tuanku, komen yang hebat.”

Selain Ronaldo, seorang lagi bekas pemain ternama dunia yang pernah beraksi bersama Portugal dan Real Madrid, Luis Figo turut memberikan ucapan sama kepada TMJ.

“Happy birthday, wish you always the best,” kata Figo dan TMJ membalas dengan ucapan “terima kasih sahabat

CR7 Pernah Bergambar dengan TMJ

Pemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo menjadi perhatian selepas bergambar bersama dengan mafla pasukan JDT.

Foto tersebut didedahkan sendiri oleh akaun Facebook rasmi pasukan Johor iaitu Johor Southern Tigers

“Tahniah kepada Cristiano atas gol dan kemenangan malam ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bergambar dengan mafla JDT, khas buat penyokong JDT walaupun beratus orang menunggu anda di luar sana. Jumpa anda di Singapura atau Johor. Jumpa lagi dan selamat maju jaya,”

Lebih menarik, foto tersebut juga menunjukkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut berada disisi bintang bola sepak Real Madrid itu.

Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo juga telah menghadiahkan dua pasang jersi Real Madrid miliknya beserta tanda tangan khas buat TMJ dan pasukan JDT.

Sehingga kini, foto-foto yang dimuat naik oleh Facebook Johor Southern Tiger telah menerima komen-komen positif yang rata-ratanya menunjukkan rasa bangga kerana TMJ memperkenalkan pasukan JDT kepada Ronaldo.

MB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker