Mabuk punya pasal

Mabuk punya pasal

Kuala Lumpur: Polis terpaksa meleraikan pertengkaran membabitkan beberapa lelaki meminum minuman keras di sebuah pub di Jalan Telawi 5, Bangsar, di sini, semalam.

Kumpulan lelaki itu dipercayai mabuk lalu bertengkar sesama mereka menyebabkan polis campur tangan selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, rakaman video insiden itu juga tular di media sosial sejak semalam sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

“Dalam video itu, ia menunjukkan berlaku kekecohan ketika anggota polis Balai Pantai sedang meleraikan pertengkaran antara dua kumpulan pelanggan di luar pub terbabit.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat dalam kejadian itu selepas anggota polis bertugas menggunakan budi bicara memandangkan mereka berkawan selain memberi amaran keras,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini boleh dilaporkan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

RAKAMAN video menunjukkan anggota polis meleraikan pergaduhan sekumpulan lelaki berhampiran sebuah pub di Jalan Telawi 5, Bangsar, Kuala Lumpur, yang tular di media sosial, semalam. HM

Mabuk punya pasal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker