Kartel daging: Tiga lagi kakitangan Maqis Johor direman


Tiga penolong pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor direman lima hari hingga 23 Jan ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kartel daging sejuk beku import pada awal Disember lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Johor Bahru Nur Fathiah Mohd Fedzir selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan kes menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ketiga-tiga mereka yang berusia 40 hingga 55 tahun terbabit ditahan pada 7 malam semalam selepas hadir di ibu pejabat SPRM negeri untuk memberi keterangan.

Difahamkan mereka masing-masing bertugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di Iskandar Puteri; Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru; dan di Pejabat Maqis Muar.

Mereka merupakan kumpulan kedua daripada Maqis Johor yang direman berkaitan isu itu selepas penahanan dua pegawai pada 7 Jan lalu.

Pada 1 Dis lalu, negara dikejutkan dengan pembongkaran kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan. Bernama

Produk berasaskan babi dirampas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker