Dua kenderaan terbalik di Plaza Tol Setia Alam [Video]

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/06/Tol-Setia-Alam.mp4[/KGVID]

SHAH ALAM – Tindakan seorang wanita untuk menukar lorong sewaktu tiba di Plaza Tol Setia Alam, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) mengundang tragedi apabila keretanya dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian pagi tadi.Ekoran rempuhan kuat itu, kedua-dua kereta berkenaan turut terbalik dan dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 11 pagi dan siasatan awal turut dijalankan di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati dua kenderaan berkenaan sedang menuju memasuki Plaza Tol Setia Alam sebelum kejadian itu berlaku.

“Sewaktu di plaza tol, pemandu wanita itu dipercayai cuba menukar laluan ke lorong Smart Tag namun dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun yang datang dari arah belakang menuju ke lorong sama.

“Akibatnya, kedua-dua kereta itu terbalik dan mengalami kerosakan teruk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, berikutan itu, pemandu wanita berusia 46 tahun berkenaan cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, pemandu lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius susulan kemalangan itu.

“Buat masa ini, mangsa wanita itu dipercayai patah bahu dan masih menerima rawatan di HTAR. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/87330/EDISI/Selangor-KL/Dua-kenderaan-terbalik-di-Plaza-Tol-Setia-Alam

SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker