Saksi mengaku hisap ganja sebelum kebakaran

KUALA LUMPUR – Saksi ketiga pembelaan prosiding kes remaja didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah beberapa tahun lalu mengaku menghisap ganja bersama tertuduh beberapa jam sebelum kebakaran berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Emran Fazley Abu Bakar, 19, berkata, dia bersama enam rakannya yang dikenali Jupeng, Deni, Naam, Haikal, Adek dan Shahrul ke Taman Balak, Kampung Datuk Keramat dengan menunggang motosikal.

Menceritakan detik kejadian ketika ditanya oleh peguam, Haijan Omar, Emran berkata, mereka terpaksa mengubah lokasi menghisap ganja dari rumah ke taman berkenaan kerana tidak tahan dengan teguran jiran.Emran berkata, mereka berlapan kemudiannya bertolak ke pusat hiburan untuk bermain snuker sambil disertai oleh dua lagi rakan lain.Katanya, selepas selesai bermain snuker sekitar jam 3 hingga 4 pagi, mereka berpecah dengan sebahagian daripadanya kembali ke taman untuk menghabiskan baki ganja manakala yang lain ke rumahnya untuk melepak.

SH

Related Articles

One Comment

  1. macam orang mencuri atau merompak begitu juga dengan membunuh kalau pesalah didapati ada hisap ganja kita salahkan semuanya sebab ganja sedangkan sebab sebenar ialah niat atau dendam yang susah nak dihapuskan terus kesumat & tersemat dalam hati tetap nak bakar pusat tahfiz itu

    ada orang tak hisap ganja pun boleh songlap RM100 bilion semasa dia menjadi PM selama 22 tahun…lebih menakjubkan di bulan puasa boleh meliwat dubur(sebut ‘lubang tempat keluar tahi’) orang, dikatakan selepas solat terawih…yang ini pun tak hisap ganja apatah lagi ada minum arak atau benda lain yang memabukkan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker