Rapid KL kekalkan SOP selepas mendapat teguran Pak Long Mail.

Rapid KL tamatkan penjarakan sosial dalam tren, stesen

Tiada lagi peraturan penjarakan sosial akan dilaksanakan dalam tren dan stesen kendalian Rapid KL mulai esok, kata pengendali perkhidmatan itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Rapid Rail berkata langkah itu sejajar dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran, berkata ia juga selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Pengangkutan untuk PKPP yang membenarkan kapasiti 100 peratus kepada semua perkhidmatan rel kecuali ETS dan KTM Intercity.

“Bermula 10 Jun 2020, di bawah PKPP, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, MRT laluan Sungai Buloh – Kajang dan laluan monorel, yang dikendalikan oleh Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren.

“Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudahpun dikeluarkan,” katanya.

Namun demikian, kata Abdul Hadi, prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan.

Katanya Rapid Rail berharap semua pengguna akan mendisiplinkan diri untuk mematuhi norma baru dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memastikan usaha mencegah penularan Covid-19 terus berkesan.

Galakkan muat turun MySejahtera

Kenyataan itu menjelaskan prosedur keselamatan dan kesihatan untuk menggunakan perkhidmatan rel adalah seperti berikut:

• Pengambilan suhu pekerja dan penumpang. Para pekerja atau penumpang yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah Celsius tidak akan dibenarkan masuk dan dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.

• Pemakaian pelitup muka diwajibkan kepada semua pekerja dan penumpang semasa berada di dalam sistem pengangkutan awam.

• Penggunaan cecair pembasmi kuman.

• Penggunaan fasiliti dan transaksi bukan tunai seperti pas bulanan atau kad Touch N Go digalakkan.

“Selain itu, penumpang juga digalakkan memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera, mengimbas kod QR dan menggunakan hand sanitiser yang disediakan di kawasan stesen,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, Rapid Rail dijangka mampu meningkatkan kembali jumlah keseluruhan penumpang kepada 750,000 sehari berbanding bawah 200,000 sehari ketika arahan PKP Bersyarat dijalankan.

“Kerja-kerja membasmi kuman dan pembersihan stesen-stesen serta di dalam tren akan diteruskan secara gigih seperti masa-masa lepas.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua para penumpang Rapid KL atas kerjasama dan perhatian baik mereka.

“Sama-samalah kita mengamalkan norma baru dalam kehidupan agar kita dapat menempuhi jangkawaktu pemulihan wabak Covid-19 ini dengan selamat dan berjaya,” katanya.

Maklumat lanjut tentang perkhidmatan rel Rapid KL boleh didapati di laman media sosial di Facebook @myrapid, Twitter @MyRapidKL atau menerusi talian 03-7885 2585.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini-Mkini


Selepas ditegur oleh Pak Long Mail dalam sidang media MKN, Rapid menukar kenyataan mereka.

RapidKL teruskan peraturan jarak sosial selepas ditegur

RapidKL akan terus mengekalkan peraturan jarak sosial dalam tren dan stesennya selepas mendapat teguran daripada kenyataan medianya berhubung penamatan amalan itu mulai esok.

“Rapid Rail selaku pengendali kepada perkhidmatan rel di bawah jenama RapidKL akur dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan penjarakan sosial di dalam LRT, MRT dan Monorel,” katanya dalam satu kenyataan.

“Polisi ini akan terus dilaksanakan sehingga keputusan baru dibuat oleh pihak kerajaan.

“Kami menyeru semua penumpang yang akan kembali bekerja pada 10 Jun mematuhi polisi yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dengan pasukan RapidKL yang bertugas di stesen.”

Terdahulu, RapidKL berkata, semua operasi LRT, MRT dan Monorel akan kembali normal sejajar prosedur operasi standard Kementerian Pengangkutan bagi tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), yang membenarkan kapasiti 100% bagi semua perkhidmatan rel, kecuali Perkhidmatan Keretapi Elektrik KTM (ETS) dan KTM Antarabandar.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran berkata pemeriksaan suhu badan dan pemakaian topeng bagi pekerja serta penumpang, penyediaan dan penggunaan pensanitasi tangan di stesen dikekalkan.

Susulan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dalam taklimat hariannya berkata, RapidKL tiada kuasa mengubah dasar atau peraturan penjarakan sosial yang ditetapkan kerajaan dalam usaha membendung penularan Covid-19.

“Mereka buat keputusan sendiri tanpa rujuk kepada kerajaan adalah tindakan salah.

“Bukan atas kebenaran kita, bukan kebenaran mesyuarat menteri atau Majlis Keselamatan Negara. Tak ada keputusan kita buat (mengenai itu),” katanya-FMT

Kos keseluruhan RTS dianggarkan RM10 bilion untuk Malaysia, Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker