PAS, Umno teliti formula agih kerusi

PAS dan Umno melalui gabungan Muafakat Nasional kini sedang meneliti formula agihan kerusi sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan itu sedang diambil oleh jawatankuasa teknikal Muafakat Nasional sebelum diangkat kepada jawatankuasa induk.

“Jawatankuasa teknikal sedang meneliti formula agihan kerusi, dan formula itu akan diangkat kepada jawatankuasa induk untuk diterima pakai,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika ditanya mengenai sejauh mana perbincangan parti itu bersama Umno dalam menyusun pengagihan kerusi selepas pembentukan Muafakat Nasional.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa perundingan Muafakat Nasional bagi membincangkan agenda PRU15.

Menurut sumber, gabungan itu menjangkakan PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat berikutan kemelut politik negara yang tidak berkesudahan.

“Mesyuarat malam tadi membincangkan persiapan PRU15 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu Tuan Ibrahim secara ringkas menyatakan formula agihan kerusi itu akan mengambil kira semua aspek.

“Secara umum kita mengambil kira semua aspek dalam pengagihan kerusi,” katanya yang kini menteri alam sekitar dan air.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker