Tak perlu pengawal dari Pakistan, dahulukan rakyat tempatan, gesa MTUC

Tak perlu pengawal dari Pakistan, dahulukan rakyat tempatan, gesa MTUC

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan mendahulukan rakyat tempatan, susulan laporan mengenai rundingan pengambilan lebih 100,000 pengawal keselamatan dari Pakistan.

Presiden Abdul Halim Mansor menggesa kerajaan menolak permohonan masuk pekerja asing baru, mengatakan bilangan mereka yang berdokumen sudah seramai 3.3 juta orang.



“Pendatang asing tanpa izin (PATI) sama ramai. Kerajaan mesti hantar pulang semua PATI pulang,” katanya kepada FMT.

Halim berkata soal keperluan mengambil antara 100,000 hingga 150,000 pengawal keselamatan warga asing tidak harus jadi pertikaian di Malaysia yang cukup tenaga kerja.

Sebaliknya, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri serta kementerian lain yang berkenaan wajib membincangkan permasalahan pekerja tempatan yang tiada pekerjaan dan pekerja yang ditamatkan majikan.

“Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan pada 2019, seramai 40,000 pekerja yang ditamatkan perkhidmatan menuntut pembayaran Skim Insurans Pekerjaan (SIP).



“Pada awal 2020 banyak majikan mengambil tindakan mengurang tenaga kerja,” katanya, memberi contoh beberapa syarikat media.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran meminta media merujuk KDN berhubung rundingan antara Malaysia dan Pakistan mengenai pengambilan pengawal keselamatan, seperti yang dilaporkan media negara itu.

Beliau meminta media mengesahkannya dengan KDN memandangkan ia berkenaan pekerja berkaitan keselamatan.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Amna Baloch dipetik akhbar Pakistan, The Nation pada 3 Feb lalu sebagai berkata rundingan awal antara kedua negara diadakan di peringkat tertinggi, manakala modaliti untuk merasmikan proses pengambilan sedang diusahakan.

MTUC menggesa kementerian menangani perkara itu dengan hati-hati dan menunjukkan inisiatif mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing.



Halim berkata bidang pengawal keselamatan mestilah untuk pekerja yang bertauliah untuk menjaga keselamatan, harta benda, kewangan, dan keselamatan.

Beliau mengingatkan pekerjaan itu juga mempunyai kategori pangkat dan kuasa untuk menjamin pembangunan dan pengiktirafan profesion itu.

“Tindakan mengambil pekerja asing yang banyak untuk menjaga dan selia harta dan persoalan keselamatan tindakan yang tidak bijak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung J Solomon berkata Kula tidak boleh “cuci tangan” berhubung perkara ini, mengatakan seorang menteri harus jadi orang pertama mendapatkan penjelasan mengenainya.



Beliau berkata laporan akhbar Pakistan itu membimbangkan.

“Jika benar, ia akan terus memburukkan lagi isu-isu sekitar peningkatan jumlah pendatang asing dengan gaji yang rendah di Malaysia,” katanya.

MTUC menyeru menteri mengesahkan laporan itu supaya kepentingan orang awam dan pekerja dapat dijaga.

FMT



Tak perlu pengawal dari Pakistan, dahulukan rakyat tempatan, gesa MTUC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Malaysia seperti tuan kepada hamba zaman moden



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker